Pencemaran Sampah Sarap
Published by BL4CK W4V3 CR3W® under Definisi pencemaran sampah global on 11:21 PMDefinisi Pencemaran Sampah Sarap Global.
Pertumbuhan ekonomi diAsia telah meningkatkan taraf kehidupan penduduknya. Peningkatan pendapatan di negara-negara ini ditunjukkan dengan pertumbuhan kegiatan produksi dan konsumsi. Pertumbuhan ini juga membawa pada penggunaan sumber semula jadi yang lebih besar dan pengeksploitasian persekitaran untuk keperluan industri, bisnis dan aktiviti sosial.
Di bandar-bandar negara dunia ketiga, pengurusan sampah sering mengalami masalah. Pembuangan sampah yang tidak diurus dengan baik, akan mengakibatkan masalah besar. Kerana penumpukan sampah atau membuangnya sembarangan ke kawasan terbuka akan mengakibatkan pencemaran tanah yang juga akan berdampak ke saluran air tanah. Demikian juga pembakaran sampah akan mengakibatkan pencemaran udara. Atau pembuangan sampah ke sungai akan mengakibatkan pencemaran air, tersumbatnya saliran dan banjir (Sicular 1989). Selain itu, Eksploitasi persekitaran adalah menjadi isu yang berkaitan dengan pengurusan terutama persekitaran
kota. Masalah sampah sudah saatnya dilihat dari konteks perbandaran. Kesukaran untuk mencari lokasi landfill sampah dan perhatian terhadap persekitaran dan kesihatan telah menjadi isu utama pengurusan bandar dan sudah saatnya dilakukan pengurangan jumlah sampah dan air sisa dan peningkatan kegiatan kitar semula.
by Xtechnology Network
0 comments:
Post a Comment